22.10.10

Perjuangan Perlu Diteruskan, Semangatnya Kita Bawa Bersama - Tribute to TS

In Memory

Seharian sejak pulang dari tanah perkuburan, aku cuba menulis entri ini. Sedih itu pasti, sejujurnya tiada insan yang suka dengan perpisahan. Namun hidup mesti terus. Suatu hari nanti kita semua akan menemui-Nya jua. Cuma masa dan ketikanya adalah rahsia yang tidak mungkin kita ketahui.

Perjuanganmu akan kami teruskan.
Terima kasih sahabat, terima kasih sifu, terima kasih inspirasiku.


+ + + + + + +

Masih teringat kali pertama bertemu setelah 2 tahun bersembang di YM dan fotopages (start following his fotopages end-2005). 15hb Nov 2008, aku jemput dia di depan kedai Satay Hj. Samuri, Kajang. First time, tapi kami punya sembang macam dah kenal bertahun. Kebetulan dia senior kepada isteri aku. Hari tu kami pusing-pusing KL (jemput Farah Yusri) > Shah Alam > Subang > Sepang > Kajang kalau tak silap aku 164km perjalanan kami hari tu. Pasang radio pun tak guna, sebab kami sembang non-stop, kalau tak percaya tanya Farah dan Nida. Heh

Gambar di bawah kiri adalah gambar pertama aku bersama arwah Taufiqshariff. Itulah permulaannya. Lepas dari tu, kami sering outing bersama, trip ke Melaka, mandi-manda di Gabai, FRIM, Bukit Tinggi, Sg. Congkak, Hot-Air Balloonpre-wedd aku dan macam-macam lagi. Sempat juga beberapa outdoor, ngan wedding job bersama-sama. Begitu banyak kenangan yang indah (sentiasa penuh gelak ketawa), setiap kali datang rumah aku, mesti ajak lawan Winning Eleven. Pernah sekali tu kami berentap sampai 2-3pagi masa dia tumpang tido di rumah aku sebelum nak ke Melaka. Memang fun! Dah la kitorang terbawak baju design sama masa tu (baju FOS macam logo F&N tu)..adoi lawak seh...

Topek!! Walaupun perkenalan kita singkat, Rindu dekat hang tu tetap ada, tapi aku takmau bersedih lagi. Aku akan tetap teruskan hobi fotografi ini sampai bila-bila dan semangat hang akan tetap bersama setiap kali aku pegang kamera. Pasti!

15th Nov 2008

*gambar bersama Nida, Sheda dan arwah Taufiq hasil tangkapan Farah Yusri dengan kamera 5D pujaan kami waktu itu :)

remark : anyone who wish to hire me for photography service (birthdays, engagements, weddings); I'm open for bookings. for inquiry please email at mohamad.faizal.omar[a]gmail.com or text me. thanks!

Followers

Interesting Blogs

Archives

1LDKphotography

All photos belong to Faizal Omar unless stated.
Please DO NOT use my photos without permission.

Creative Commons License