Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

6.1.13

Welcome to the world, Amira Qaleesya

Amira Qaleesya Introducing Adam's latest cousin, Amira Qaleesya. Born on the 28th Dec 2012. She is my sister-in-law's first daughter. Now Adam have a friend back in Muar.


remark :
anyone who wish to hire me for photography service (birthdays, engagements, etc); do click on enquiries and leave your message. thanks!

29.12.12

Love is life..

1st Visit to Aquaria KLCC

..and if you miss love, you miss life.

Mother & Son
Aquaria, KLCC
25th December 2012



remark :
anyone who wish to hire me for photography service (birthdays, engagements, etc); do click on enquiries and leave your message. thanks!

18.11.12

Randomness #27 : Cherating Holiday

Let's get closer Mom!

Kali kedua Adam menjejakkan kaki ke tepi pantai. First time last year, dia tak berani lansung & takut sangat dengan bunyi ombak. Tapi kali ni lain sikit. Dah besar (almost 2 years sudah!). Dia pula yang menarik tangan kita nak main dengan air laut. Tapi main kat gigi pantai je. Ombak boleh tahan besar, angin pun kuat. Cuma alhamdulillah, cuaca sangat baik. Musim tengkujuh tak sampai lagi..in fact, Lembah Klang pula yang dihujani setiap hari. Cuaca dah unpredictable sekarang. Ramalan cuaca pun tak tepat dah. 

Anyway, we enjoyed our stay at Suria Beach Cherating. Nak cari makan pun senang sebab nearby dengan Kuala Kemanan..so 3 days full of otak-otak, sata, kopok lekor & ikan bakar. Tapi lupa pula nak snap photos kat resort tu. Cuma a few photos of Adam mandi pool & main kat pantai. Payah nak snap banyak, kejap-kejap nak kena dukung...takut dia pi lari main air, bahayaaa.


remark : anyone who wish to hire me for photography service (birthdays, engagements, etc); do click on enquiries and leave your message. thanks!

17.10.12

KONVOKESYEN KE-7 UMP

Adam Breakdance Adam Dalam Lif

Aksi Adam Fiqri. Attoiuma, lagi few more months dah nak masuk 2 tahun. Punyalah ligat sejak dapat "kaki". Tapi Alhamdulillah, tak banyak meragam (sangat). Rambut cepat benor lebat, mengalahkan bapak dia. Gigi rasanya dah macam full set. Petah bercakap bahasa dia..(rasa macam bunyi Jerman sikit LOL). And of course, dah pandai merajuk. In fact, yang first pic tu dia tengah guling-guling merajuk sebab nak pakai kasut dia.
  Sotsugyou OmedetouAna Ikan Bakar Petai

Kali terakhir melawat UMP pada bulan Oktober 2009. Sekali lagi di bulan Oktober tahun 2012, aku menjejakkan kaki ke UMP atas sebab yang sama. Majlis Konvokesyen adik bongsu aku. Tahniah, power adik aku sebab dah pegang dua sijil, diploma & ijazah. Aku dulu dapat ijazah je. Kira dia extra sikit. Kalau rajin sambung la Master. Abang dia malas sikit. Haha. 

 Later that night we had a feast at the famous Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur. Thank you to my sister yang belanja sempena gaji bulan pertama dia. Semoga murah rezeki dan diberkati.

16.7.12

That's Ma Boy

1+1+1+Balloon Anak kecil kami sudah 17 bulan pada tanggal 4 Julai lalu. Masih belum ada tanda-tanda nak mengambil langkah sulungnya. Tapi cukup suka berjalan sambil dipimpin tangan. Mungkin Adam masih belum dapat keyakinan untuk berdiri sendiri dan berjalan. Tak mengapa, tak perlu beri tekanan dan biarkan dia belajar sendiri.

Walaubagaimanapun, banyak lagi perkembangan lain yang ditunjukkan oleh Adam. Gigi sudah semakin banyak (kalau tak silap dah lebih 12 batang). Tiap-tiap malam sebelum tidur rajin menggosok gigi tiru gaya ibu/abah dia. Tapi most of the time, end up dia gigit je berus gigi tu. Mulut pun makin rajin berbual. All this while kami tak perasan lansung what was his first words, tapi sekarang ni dah pandai cakap a few. Paling jelas NAK, ABAH, AMIN (baca doa) & BOBOIBOY. Yes, BOBOIBOY. Tiba-tiba je dia cakap sejak minggu lepas bila dengar lagu iklan Boboiboy.

2.4.12

Bulan Ke-14

Adam, 13 months later

OMG, lamanya tidak update. Banyak sebenarnya post yang belum dimuat naik. Our first holiday bertiga, our trip to PD, my trip to Korea lagi etc. Tapi tak mengapa, will update them soon. Hopefully before 2012 ends #LOL. By the way, kejap tak kejap Adam dah masuk 1 tahun 2 bulan. Pantas kan? Rasa cam tak puas hati kan? Kenapa cepat sangat membesar? Oh jangan begitu..inilah namanya perjalanan hidup. 

Untuk saudara-mara dan kawan-kawan yang bertanya, meh saya update sikit perkembangan terkini Adam Fiqri. 
1. Belum boleh berjalan. Tapi merangkak dengan laju, dan boleh berdiri with support (biasanya tepi sofa lah) 
2. Gigi masih maintain, 6 atas + 3 bawah = 9 batang kesemuanya. 
3. Kuat membebel. Tak pasti kalau bebelan "Abbwah abbwahh abbwahh bwaahh" tu bermaksud "Abah". 
 4. Suka sangat tengok video diri sendiri. 

Gitu lah serba-sedikit. Nanti update lagi ya.


14.12.11

Quick Portraiture with Adam Fiqri

Alhamdulillah. Kembali bersiaran. Tempoh hari berkesempatan nak bersiar-siar di Tasik Kota Kemuning. Adam memang sudah biasa bangun awal. Mungkin dah terbiasa sebab lahir ke dunia pun tepat pada waktu subuh. Jadi hari itu, kami berpakat nak keluar bersarapan tapi sebelum itu singgah di Taman Tasik dan sempat berposing kejap sebelum matahari naik tinggi. 

Sebenarnya aku rindu nak berkarya dengan kamera. Jadi dikesempatan ini, aku nak iklan sikit. Kepada sesiapa yang berminat nak buat sessi outdoor ringkas untuk gambar family dengan anak-anak, post wedding atau pun maternity portraiture sekalipun bolehlah roger-roger dengan saya. Mana tau kalau ada rezeki, kita boleh buat free session kan? 
  Portraiture with Adam 1Portraiture with Adam 2 Portraiture with Adam 3 Portraiture with Adam 4 Portraiture with Adam 5 Portraiture with Adam 6 Portraiture with Adam 7 Portraiture with Adam 8 Portraiture with Adam 9 Portraiture with Adam 10Portraiture with Adam Fiqri
Tasik Kota Kemuning

30.11.11

Going 10

Mohon ampun kerana mengabaikan blog selama beberapa minggu. Kali ini aku update sedikit tentang Adam. Tak lama lagi Adam sudah masuk 10bulan. Lebih tepat lagi 4 haribulan Disember depan. Pantas sungguh masa berlalu. 

Progress Adam setakat ini : 
- sudah boleh duduk (mudah sikit masa nak mandikan Adam)
- sudah boleh berdiri dengan bantuan. (most of the time, berpaut pada hujung sofa etc) 
- gigi atas sudah ada 6. Total 8 batang gigi termasuk bawah. 
- Kurang tidur berbanding sebelum ini, sebab suka bermain 
- Makan dengan penuh selera (tapi alergi dengan Cerelac) 
- Tidur dengan buas sekali, habis dia conquer satu katil.

Kepada yang rindu dengan Adam, nah aku persembahkan 3 keping gambar terkini Adam. Ada lagi terkini, tapi kena tunggu next post.     StandingNgekk Bath Time!
p/s : kepada yang perlukan khidmat photographer jangan malu dan segan, boleh email kepada saya menggunakan form ini. Sorry, belum ada FB page lagi. Hehe

29.9.11

Rambut Baru Adam

Adam's New Hairdo Adam's New Hairdo Adam's New Hairdo Adam's New Hairdo Adam's New Hairdo

Akhirnya aku bawa Adam ke kedai gunting untuk trim rambutnya yang panjang itu. Kali terakhir potong rambut Adam masa majlis Aqiqah dia. Cukur habis. Masa tu bulan March. Since then rambut dia makin lebat tumbuh. Adam gunting kat kedai gunting rambut paling old school kat Teluk Intan. Baik je dia bila kena gunting. Tolak kepala ke kiri, dia pandang kiri. Tolak kepala ke kanan, dia pun paling ke kanan. Tak menangis, dan tak meragam lansung. Within 10 minit dah selesai. By the way, sekarang Adam dah tumbuh 2 batang gigi bawah. Semalam check rupanya sudah ada satu batang lagi kat atas dah nampak. Patutlah teacher kat nursery kata dia diam je semalam. Takde mood kut. Alhamdulillah tak meragam sangat macam time gigi bawah tumbuh last week.

+ + + + + + +

Dear Adam, 

Kenapalah Adam cepat sangat nak membesar? Pejam celik minggu depan dah 8 bulan tau! Tak puas nak gomol cium cubit pipi hari-hari. Sekarang ni pun Abah dengan Ibu tak terkejar Adam dok ngesot ke sana sini dengan cepat. Adam pun dah mula dok membebel bahasa Adam. Abah pun tak paham. Tapi tiap kali Abah dengan Ibu layan sembang dengan Adam, Adam senyum je. Kira faham la kut eh? Apapun Adam, Abah + Ibu harap Adam membesar dengan sihat sejahtera hendaknya dan jadilah manusia yang berguna. Jangan nakal-nakal tau. Ikut jejak superhero macam Boboiboy tu ok? 

Sayang sangat! 
Love, 
Abah + Ibu

19.9.11

Randomness #26 : 4 Bersiri

adam48 adam49 adam50 Junior


remark : to those who wish to hire me for photography service (birthdays, engagements, weddings); contact me at mohamad.faizal.omar[a]gmail.com. thanks!



9.8.11

Adam's First Meal & Our 2nd Anniversary

Adam's first meal

It's been a while since I update this blog. Sibuk dengan pindah rumah baru..ditambah dengan kedatangan bulan Ramadhan, aku tak ada ruang nak update. Okay apa nak diceritakan? Sorry kalau korang dah boring baca blog ini. Tahun 2011 ni semakin less job updates (sebab none) instead aku ceritakan pasal anak aku je.

Pejam celik, Adam dah 6 bulan. Dia dah mula melontarkan suara dengan baik, kawalan vokal pun lebih hebat dari Kilauan Emas. Kami dah mula bagi his first meal on the eve of his 6 month's birthday. Avocado menjadi pilihan, based on info we got from our friend Google. Gambar kat atas tu is the very first suapan. Thanks to my wife yang snap this photo.

Alhamdulillah, Adam makan dengan baik. Habis first meal dia. Takde tanda-tanda alergy setakat ini. Kami pun dah start bagi biskut rusky tu kat Adam. Dia pun dah mula mengesot tapi gear reverse je selalu. Oh, Adam dah mula stay kat nursery since 1st August. He's okay at the moment, takde meragam dan tak menangis sangat. Hopefully he'll behave well and be a good boy. 

+ + + + + + +

2 years ago

Last Saturday was our 2nd anniversary. Today is my 28th birthday. Sadly I am away in Korea for business trip and can't celebrate with my wife & son. I guess I have to wait till Sunday to celebrate at home. Maybe have something special for Iftar?

10.5.11

3 Months

Time flies so fast kan? Pejam celik, tido bangun pergi kerja, balik kerja. Sedar-sedar Adam Fiqri dah 3 bulan menemani kami. Penat-penat kerja, bergegas pulang sebab tak sabar nak tengok wajah dia. Nak dengar merengek dia. Nak layan kerenah dia. Biarlah bos kata apa sekali pun, masalah kat ofis jadi zero bila balik tengok Adam senyum (especially bila dia senyum masa tidur).

3 Months update :
1. Dah pandai senyum, acah-acah
2. Respon to colors, music and even bila panggil nama dia
3. Sleeps better during the night; dah kurang bangun malam
4. Sudah trying to roll over (belum 100% perfect yet)
5. Pampers sudah size M!
6. Sangat suka masukkan tangan dalam mulut
7. Suka menendang (trust me, sakit juga dia tendang..haha)

Chubby Cheeks

I Love My Hand

Gaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

When Adam Fiqri Meets Alif Zya

Lately amat sibuk. Balik kerja lewat sebab ada hal di luar. Weekends pun penuh dengan jemputan kahwin, membeli-belah barang rumah dan lain-lain. Ada juga try shot some videos with the D90 (video Adam lah kan obviously) tapi belum sempat edit cantik-cantik. Nanti kalau ada aku teringin nak share kat blog.

9.4.11

Terkini

Sedap Tidur

Hola. Lama pula tak post gambar Adam. Sebelum ni berjauhan hari-hari nak tengok gambar yang diambil. Tapi bila Adam dah balik ke Shah Alam, tak sempat pula nak ambil kamera sebab asyik tengok Adam je. Hehe

Anyway, ini yang terbaru. Adam sebelum bangun pagi.

29.3.11

Hello Mr Baldy

Mr Baldy

Woops. It's been weeks since I post about my boy Adam. So this is his latest photo. Taken last weekend. Adam will be spending another week with his grandparents at Teluk Intan before coming back to Shah Alam this coming weekend.

more photos coming. do check back ya!..

4.3.11

1 Month

I Love You Mum

Sekejap je dah 4 kali Jumaat muncul lagi. Dengan kiraan mudah, Adam Fiqri dah 1 bulan lahir sejak 4 Februari 2011 bersamaan 1 Rabiulawal 1432 Hijrah. Oh yeah time really flies..and fast too! This weekend tak dapat pulang jenguk Adam, sebab ada a few things to settle plus ada shooting hari Ahad. Jadi minggu ni abah Adam tak dapat nak tidur dengan Adam. Kita jumpa next week pula ya!

2.3.11

Entry #100 : 26 Feb, Aqiqah Adam Fiqri

26th Feb #1

26th Feb #2

26th Feb #3

26th Feb #4

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Alhamdulillah, selesai episod pertama majlis Aqiqah untuk Adam Fiqri. Atas kesilapan teknikal photographer merangkap bapak Adam, tak banyak gambar di ambil masa majlis tersebut. Tidak mengapa, yang penting majlis berjalan lancar, cuaca pun cantik, yang hadir pun ramai. Daging kambing pun sodapp!

More pics to come.

17.2.11

I Like To Move It Move It

Esok hari Jumaat tiba lagi. Sekelip mata dah 2 minggu Adam Fiqri dilahirkan. Gini la bila dah berjauhan, dapat tengok gambar..tengok video pengubat rindu. Korang yang pernah melalui "fasa" ini mesti rasa apa yang aku rasa kan?

Tak sabar nak cium pipi Adam lagi. Newborn baby ni ada satu bau yang best tau tak. Bau yang eksklusif ada kat newborn baby jer. Even kalau korang pakai bedak Jonson & Jonson Baby tu pun, takkan dapat bau yang sama. Cubalah. Tapi janganlah pi bau kat lampin dia pula okkeiy?

Wink!

Photobucket

Until I get hired for another job (which I don't know when..yet), I guess you'll be seeing Adam's photos over and over again here. After all, this is my personal photography blog eh? Sib baik aku belum ada dot com..haha



14.2.11

Gonna Miss You Both

Those Cute Baby Feet

Eleh, jiwang. Lantak la. Esok Isnin, kena masuk kerja kembali setelah bercuti sejak Raya Cina last week. Adam lahir on public holiday, all my 3 days compassionate leave burned! So I asked for a week's annual leave dan bos bagi. On sms je. Urusan pendaftaran, urusan hantar ke kampung semua kena buat within 1 week. 1st day balik Muar, Adam kena admit NICU Hospital Muar sebab jaundice pula. Nasib baik kami cepat, dan Alhamdulillah, he's improving day by day, and harap-harap berterusan sampai kadar bilirubin turun kepada kadar normal. 

But satu yang tak disangka, handphone wife aku kena cilok hari terakhir di wad. Habis dia hilang semua contact number dan important notes dalam phone tu. Kepada yang mencuri handphone tersebut, saya harap anda mendapat balasan yang setimpal.

Apa pun, miss you both. Take care okay :)

11.2.11

Baru 1 Minggu

1 Week!

Hari ini sudah Jumaat. Cepat benar masa berlalu. Masih terngiang-ngiang lagi pengalaman di dalam wad bersalin subuh hari Jumaat minggu lalu. Hari ini Adam Fiqri baru berusia satu minggu. Seronoknya melihat anak sendiri. Syukur pada Ilahi atas anugerah yang tidak ternilai ini. Mastercard? Visa? American Express? Sorry lah, even kat Ebay pun takkan dapat beli pengalaman tak ternilai ini.


7.2.11

Two In One Post

1 -
MotoGP Winter Testing at Sepang International Circuit.
Day 3.

MotoGP Winter Test at Sepang 2011

MotoGP Winter Test at Sepang 2011-

MotoGP Winter Test at Sepang 2011

MotoGP Winter Test at Sepang 2011

3 Februari, diberi peluang mengambil gambar di Litar Sepang, sempena MotoGP Winter Test Session 2011. Memang mencabar ambil gambar motorsport. Apatah lagi bila takde gear yang sesuai untuk bidang ini. Perlu kamera dengan FPS yang laju (D90 = 4.5fps), perlukan lensa yang besar (range 300mm ke atas), monopod, dan juga pakaian yang sesuai dengan keadaan litar yang panas terik. 

Berbekalkan 80-200mm F2.8 saja dengan tripod yang bagak, aku rasa gembira dapat belajar sedikit sebanyak tentang motorsport photography, dan dapat tengok "otai-otai" dari dalam dan luar negara melakukan kerja fotografi. Dapat masuk media center, tengok gelagat international photographer dengan editor masing-masing, dan sebagainya. Memang satu pengalaman yang baru dan menarik, dan gambar lebih banyak di Flickr.....tetapi,


+ + + + + + + + +


2 -
The birth of Adam Fiqri.
5.43am 4th February 2011 / 1 Rabiulawal 1432H
Darul Ehsan Medical Center.

Introducing..

Little Adam

Suatu pengalaman yang tak akan dilupakan sepanjang hidup; Kelahiran putera sulong kami pada 4hb Februari 2011. 23 hari lebih awal dari jangkaan EDD, namun alhamdulillah, Allah permudahkan pengorbanan Nida isteriku, tanpa sebarang kesulitan. Biar aku ceritakan serba sedikit..

18 Januari 2011
Nida sudah 35W, pagi nak pergi kerja ada blood spotting. Sebagai non-experience couple, gelabah terus ke hospital. Doktor risau baby pre-mature, jadi disuntikkan ubat untuk melambatkan delivery (to at least a week later), dan suntikan untuk matangkan paru-paru baby. Warded for a night, kemudian pulang ke rumah seperti biasa keesokannya. It's a false alarm, bak kata doktor.

3 Februari 2011
Pendarahan berlaku lagi. Tapi Nida kata tak ada contraction atau sakit. We though it was another false alarm. So we decide to wait and monitor berapa lama pendarahan berterusan. In the mean time, aku berada di Sepang seperti post di atas. Pulang dari Sepang petang itu, aku buat keputusan untuk siapkan barang-barang Nida, dan pergi ke DEMC. First day CNY, so hospital lengang gila.

6:00pm -
Tak tahu nak cari siapa, so terus ke kaunter kecemasan. Mereka suruh pergi ke tingkat 2, wad bersalin. Waktu tu sudah around Maghrib and rupanya Nida sudah 2cm open. Doktor suruh masuk wad, katanya mungkin besok sudah boleh bersalin. Tapi..

3:00am, 4 Februari -
Nida sudah mula rasa sakit dan tak dapat tidur. Nurse said she's already opened 5cm. Nurse cakap kat aku "sudah tiba masa ni" dan terus prepare nak transfer ke wad bersalin. We were the only couple in wad bersalin that time, and it was around 4 something. Sunyi...(cuak pun sudah mula datang)

Contraction makin kuat, Doktor on the way. Aku cuma dapat pegang tangan Nida sambil tiup-tiup muka dia (sebab dia panas). Nurse bagi Nida sedut gas everytime sakit contraction datang. Waktu tu rupanya  sudah 8cm. OMG it's coming..it's coming! Sempat sms call both parents, minta maaf etc.

5:00am -
Full 10cm. Dr Norleen pun dah sampai. Aku sama-sama ajar Nida breathing sambil berselawat kat telinga dia. She looked tired tapi berkat makan sebiji kurma sebelum tu mungkin menjadi tenaga buat dia berjuang. Dekat-dekat 5.35am lebih macam tu aku dah nampak kepala anak kami keluar. Doktor guna vacuum assist kalau tak silap, sebab aku nampak dia ada pegang satu alat. 

"Sikit lagi, sikit lagi. Push one more, a long one"..dan tepat jam 5.43am, lahirlah seorang putera yang kami namakan Adam Fiqri bin Mohamad Faizal. Terus diletakkan di atas ibunya, satu ciuman diberi sebelum dibersihkan, kemudian aku azan dan qamat padanya. Tak lama kemudian, azan Subuh kedengaran dari Masjid Shah Alam (sebelah DEMC je).

Syukur pada Allah. Satu pengalaman yang tak akan dilupakan. Indah sungguh kejadian manusia. 9 bulan dikandung ibunya, sehingga lahir ke dunia. Semoga Adam Fiqri menjadi manusia yang berguna kepada kedua ibu bapa, kaum keluarga, agama, bangsa dan negaranya. Amin.

Introducing Adam Fiqri

Terima kasih kepada kawan-kawan yang mengucapkan tahniah, kepada yang sempat lawat di wad, ada yang lawat di lobby wad pun, serta yang datang ke rumah. Thank you so much!


//panjangkan entri ini? Seronok menulis tentang Adam. I just can't help it :P

Followers

Archives

1LDKphotography

All photos belong to Faizal Omar unless stated.
Please DO NOT use my photos without permission.

Creative Commons License