Showing posts with label 85mm. Show all posts
Showing posts with label 85mm. Show all posts

14.12.11

Quick Portraiture with Adam Fiqri

Alhamdulillah. Kembali bersiaran. Tempoh hari berkesempatan nak bersiar-siar di Tasik Kota Kemuning. Adam memang sudah biasa bangun awal. Mungkin dah terbiasa sebab lahir ke dunia pun tepat pada waktu subuh. Jadi hari itu, kami berpakat nak keluar bersarapan tapi sebelum itu singgah di Taman Tasik dan sempat berposing kejap sebelum matahari naik tinggi. 

Sebenarnya aku rindu nak berkarya dengan kamera. Jadi dikesempatan ini, aku nak iklan sikit. Kepada sesiapa yang berminat nak buat sessi outdoor ringkas untuk gambar family dengan anak-anak, post wedding atau pun maternity portraiture sekalipun bolehlah roger-roger dengan saya. Mana tau kalau ada rezeki, kita boleh buat free session kan? 
  Portraiture with Adam 1Portraiture with Adam 2 Portraiture with Adam 3 Portraiture with Adam 4 Portraiture with Adam 5 Portraiture with Adam 6 Portraiture with Adam 7 Portraiture with Adam 8 Portraiture with Adam 9 Portraiture with Adam 10Portraiture with Adam Fiqri
Tasik Kota Kemuning

30.11.11

Going 10

Mohon ampun kerana mengabaikan blog selama beberapa minggu. Kali ini aku update sedikit tentang Adam. Tak lama lagi Adam sudah masuk 10bulan. Lebih tepat lagi 4 haribulan Disember depan. Pantas sungguh masa berlalu. 

Progress Adam setakat ini : 
- sudah boleh duduk (mudah sikit masa nak mandikan Adam)
- sudah boleh berdiri dengan bantuan. (most of the time, berpaut pada hujung sofa etc) 
- gigi atas sudah ada 6. Total 8 batang gigi termasuk bawah. 
- Kurang tidur berbanding sebelum ini, sebab suka bermain 
- Makan dengan penuh selera (tapi alergi dengan Cerelac) 
- Tidur dengan buas sekali, habis dia conquer satu katil.

Kepada yang rindu dengan Adam, nah aku persembahkan 3 keping gambar terkini Adam. Ada lagi terkini, tapi kena tunggu next post.     StandingNgekk Bath Time!
p/s : kepada yang perlukan khidmat photographer jangan malu dan segan, boleh email kepada saya menggunakan form ini. Sorry, belum ada FB page lagi. Hehe

Followers

Archives

1LDKphotography

All photos belong to Faizal Omar unless stated.
Please DO NOT use my photos without permission.

Creative Commons License