20.4.11

Last Weekend at Teluk Intan

Cousin's Wedding

Hujung minggu lepas, majlis perkahwinan sepupu aku. Aku bukan OP untuk majlis ini, jadi gambar pengantin tidaklah banyak. In fact, aku rasa ada beberapa shots saja. So apa yang aku buat dengan kamera? Sudah tentu budak tembambombom menjadi mangsa.

Cousin's Wedding

Tapi sebelum itu, kita letak sikit gambar awek cun merangkap ibu kepada budak kiyut Adam Fiqri. Ini kiranya outing pertama Adam keluar dari rumah (selain ke klinik & hospital awal-awal dulu). Risau juga takut dia meragam, tapi Adam good boy je. Lepas keluar rumah, dia terus tidur. Cuaca hujan pulak masa tu, dia sambung tidur dalam stroller. Dan mood dia baik je hari tu. Thanks to adik-adik yang sama-sama tolong tengokkan Adam :)

Cousin's Wedding

Kebetulan masa majlis tu dihadiri juga oleh Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pertanian & Asas Tani, Datuk Saiful Baha dan isterinya Datin Annahita Bakavoli. Berebut semua nak ambil gambar. Yang bestnya, gambar aku tak ada, sebab aku yang tukang ambil gambar. Haha. Anyway, Datuk Saiful is a very funny guy. Memang suka buat lawak, sporting pula tu. Tapi pelik pulak tengok wife aku dengan adik dia teleng kepala camtu..

Cousin's Wedding

Last but not least, a few of my favourite shots. Gambar Adam lah, siapa lagi. Mood dia tengah baik masa ni. Bila halakan kamera kat muka dia, terus senyum tersengih-sengih. Comel pulak dia pakai baju ada tie ni. Love the colors. Thank you Aunty Miza!

Cousin's Wedding

Smile Adam Smile!

Followers

Interesting Blogs

Archives

1LDKphotography

All photos belong to Faizal Omar unless stated.
Please DO NOT use my photos without permission.

Creative Commons License