Seeking The Truth : Arwah Adelia Binti Muhammad Nizzam
Pertamanya, forgive me kalau bahasa aku kurang cantik dalam entri ini. Aku tak pandai menulis sebab tu aku lebih suka ambil gambar. FYI, this might be the first entri dalam blog ini yang tak ada kaitan dengan photography. Tapi aku tak dapat menahan perasaan sebagai seorang bapa apabila kejadian ini berlaku.
Baca dulu screenshot daripada Utusan Online hari Ahad lalu.
Dah baca? Sebenarnya kejadian ini berlaku kepada keluarga terdekat isteri aku. Arwah Adelia ialah 2nd cousin kepada isteri aku. Kiranya dengan Adam dah pangkat makcik. Lahir pada 13 Januari lalu di DEMC, Shah Alam. Kami sempat juga ziarah Adelia sehari selepas dilahirkan. Tak sangka itu merupakan kali terakhir kami menatap wajah Adelia.
Pada 16 March lepas, aku mendapat berita dari isteri yang Adelia telah kembali ke rahmatullah di sebuah nursery di Seksyen 10, Shah Alam. Kejadian itu berlaku pada hari ke-2 arwah di hantar ke nursery tersebut. Banyak perkara yang menimbulkan persoalan. Berdasarkan bacaan aku dari facebook kedua ibu bapa arwah, blog saudara-mara (link FB page ayahnya, ibunya dan blog-blog di sini, sini & sini ), aku dapati seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan daripada pihak nursery terbabit. Difahamkan arwah Adelia meninggal akibat tersedak susu atau dengan kata lain kelalaian pihak nursery tersebut. Daripada laporan akhbar juga ada tertulis, "pihak klinik memaklumkan Adelia mungkin dapat diselamatkan sekiranya pihak Taska bertindak cepat..".
Segala soalan dan komen orang ramai di Facebook page nursery tersebut juga dipadam oleh pihak tertentu. Ada juga dakwaan mengatakan ini seolah-olah satu fitnah terhadap mereka. Aku tak boleh nak komen lebih-lebih sebab ini dah jadi kes polis. Cuma aku amat berharapan agar kebenaran kes ini akan terungkai, dan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya. Ini bukan hanya untuk kes arwah Adelia saja, tetapi untuk semua baby & anak-anak kecil yang kita bayar nursery untuk jagaan sementara kita sedang bekerja. Bisnes nursery ini satu tanggungjawab yang sangat besar, nyawa anak-anak kecil di tangan mereka. Niat membuka nursery biarlah betul dan ada perasaan tanggungjawab, dan bukan sekadar kerana permintaan tinggi dan wang ringgit semata-mata.
Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Adelia binti Muhammad Nizzam. InsyaAllah, di syurgalah tempat dia menanti.
+ + + + + + +
Rentetan kejadian ni, kami pun dah timbul rasa risau nak hantar Adam ke nursery. Kalau ikutkan aku dah booking nursery bermula April nanti. Walaupun aku yakin tak semua nursery begitu, namun perasaan ragu-ragu tetap timbul. Yelah, nak bagi orang lain (a total stranger to us) untuk jaga anak kita..mestilah risau kan? Nak ambil maid?..mana mampu beb. Nursery sajalah alternatif bagi kami.
Ya Allah, semoga kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi ke atas keluarga kami, saudara-mara kami, dan semua ibu bapa secara amnya. Kepada pengusaha nursery dan pusat jagaan, harapan kami TOLONGLAH ambil berat dan laksanakan amanah yang kami beri sebaiknya. Kalau tak mampu nak jaga dengan baik, janganlah terima anak kecil ramai-ramai.
Ya Allah, semoga kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi ke atas keluarga kami, saudara-mara kami, dan semua ibu bapa secara amnya. Kepada pengusaha nursery dan pusat jagaan, harapan kami TOLONGLAH ambil berat dan laksanakan amanah yang kami beri sebaiknya. Kalau tak mampu nak jaga dengan baik, janganlah terima anak kecil ramai-ramai.