That's Ma Boy
Anak kecil kami sudah 17 bulan pada tanggal 4 Julai lalu. Masih belum ada tanda-tanda nak mengambil langkah sulungnya. Tapi cukup suka berjalan sambil dipimpin tangan. Mungkin Adam masih belum dapat keyakinan untuk berdiri sendiri dan berjalan. Tak mengapa, tak perlu beri tekanan dan biarkan dia belajar sendiri. Walaubagaimanapun, banyak lagi perkembangan lain yang ditunjukkan oleh Adam. Gigi sudah semakin banyak (kalau tak silap dah lebih 12 batang). Tiap-tiap malam sebelum tidur rajin menggosok gigi tiru gaya ibu/abah dia. Tapi most of the time, end up dia gigit je berus gigi tu. Mulut pun makin rajin berbual. All this while kami tak perasan lansung what was his first words, tapi sekarang ni dah pandai cakap a few. Paling jelas NAK, ABAH, AMIN (baca doa) & BOBOIBOY. Yes, BOBOIBOY. Tiba-tiba je dia cakap sejak minggu lepas bila dengar lagu iklan Boboiboy.