13.6.11

Random Adam

Adam's New Camera

Hampir sebulan tak update blog. Still with photos of my son. Recently tak ada job masuk. Rindu tengok kawan-kawan upload gambar wedding. Makin challenging sekarang. Nak compete dengan kawan-kawan. Makin ramai upgrade gajet. Adam pun baru-baru ini dapat kamera baru. Sentiasa bergantung kat leher dia. Old school lagi. Muda-muda ni kena ajar pakai kamera flim. Hahaha

That's Adam with his new t-shirt, thanks to ibu dia.

It's Tummy Time

Head Control

Talking about Adam, he's just turned 4 months. Dia dah mula meniarap sendiri, boleh guling kiri dan kanan, and loves to sleep on his tummy. Suka hisap jari sampai tidur, tapi lepas tidur je kami tarik jari keluar. Takut dia ketagih hisap jari je. Kasi pacifier dia tak mau pulak. Konfiuss

Dia macam dah kenal muka orang (ini yang risau ni nak hantar ke nursery nanti). Balik kerja je, bila pandang muka Adam mesti dia gelak. Kalau melayan dia masa dia baring, bukan main lagi gelak sambil pukul perut sendiri. Macam main gendang pulak. Dah makin kuat angkat kepala sendiri, which means tak lama lagi he will be mobile.

Homaigatt..cepatnya masa berlalu. Bila belek balik gambar-gambar Adam from day 1 sampai sekarang rasa nak menitik air mata pun ada.

Benarlah kata-kata bahawa anak-anak itu satu anugerah yang tak ternilai dari Allah.

Followers

Interesting Blogs

Archives

1LDKphotography

All photos belong to Faizal Omar unless stated.
Please DO NOT use my photos without permission.

Creative Commons License