7.2.11

Two In One Post

1 -
MotoGP Winter Testing at Sepang International Circuit.
Day 3.

MotoGP Winter Test at Sepang 2011

MotoGP Winter Test at Sepang 2011-

MotoGP Winter Test at Sepang 2011

MotoGP Winter Test at Sepang 2011

3 Februari, diberi peluang mengambil gambar di Litar Sepang, sempena MotoGP Winter Test Session 2011. Memang mencabar ambil gambar motorsport. Apatah lagi bila takde gear yang sesuai untuk bidang ini. Perlu kamera dengan FPS yang laju (D90 = 4.5fps), perlukan lensa yang besar (range 300mm ke atas), monopod, dan juga pakaian yang sesuai dengan keadaan litar yang panas terik. 

Berbekalkan 80-200mm F2.8 saja dengan tripod yang bagak, aku rasa gembira dapat belajar sedikit sebanyak tentang motorsport photography, dan dapat tengok "otai-otai" dari dalam dan luar negara melakukan kerja fotografi. Dapat masuk media center, tengok gelagat international photographer dengan editor masing-masing, dan sebagainya. Memang satu pengalaman yang baru dan menarik, dan gambar lebih banyak di Flickr.....tetapi,


+ + + + + + + + +


2 -
The birth of Adam Fiqri.
5.43am 4th February 2011 / 1 Rabiulawal 1432H
Darul Ehsan Medical Center.

Introducing..

Little Adam

Suatu pengalaman yang tak akan dilupakan sepanjang hidup; Kelahiran putera sulong kami pada 4hb Februari 2011. 23 hari lebih awal dari jangkaan EDD, namun alhamdulillah, Allah permudahkan pengorbanan Nida isteriku, tanpa sebarang kesulitan. Biar aku ceritakan serba sedikit..

18 Januari 2011
Nida sudah 35W, pagi nak pergi kerja ada blood spotting. Sebagai non-experience couple, gelabah terus ke hospital. Doktor risau baby pre-mature, jadi disuntikkan ubat untuk melambatkan delivery (to at least a week later), dan suntikan untuk matangkan paru-paru baby. Warded for a night, kemudian pulang ke rumah seperti biasa keesokannya. It's a false alarm, bak kata doktor.

3 Februari 2011
Pendarahan berlaku lagi. Tapi Nida kata tak ada contraction atau sakit. We though it was another false alarm. So we decide to wait and monitor berapa lama pendarahan berterusan. In the mean time, aku berada di Sepang seperti post di atas. Pulang dari Sepang petang itu, aku buat keputusan untuk siapkan barang-barang Nida, dan pergi ke DEMC. First day CNY, so hospital lengang gila.

6:00pm -
Tak tahu nak cari siapa, so terus ke kaunter kecemasan. Mereka suruh pergi ke tingkat 2, wad bersalin. Waktu tu sudah around Maghrib and rupanya Nida sudah 2cm open. Doktor suruh masuk wad, katanya mungkin besok sudah boleh bersalin. Tapi..

3:00am, 4 Februari -
Nida sudah mula rasa sakit dan tak dapat tidur. Nurse said she's already opened 5cm. Nurse cakap kat aku "sudah tiba masa ni" dan terus prepare nak transfer ke wad bersalin. We were the only couple in wad bersalin that time, and it was around 4 something. Sunyi...(cuak pun sudah mula datang)

Contraction makin kuat, Doktor on the way. Aku cuma dapat pegang tangan Nida sambil tiup-tiup muka dia (sebab dia panas). Nurse bagi Nida sedut gas everytime sakit contraction datang. Waktu tu rupanya  sudah 8cm. OMG it's coming..it's coming! Sempat sms call both parents, minta maaf etc.

5:00am -
Full 10cm. Dr Norleen pun dah sampai. Aku sama-sama ajar Nida breathing sambil berselawat kat telinga dia. She looked tired tapi berkat makan sebiji kurma sebelum tu mungkin menjadi tenaga buat dia berjuang. Dekat-dekat 5.35am lebih macam tu aku dah nampak kepala anak kami keluar. Doktor guna vacuum assist kalau tak silap, sebab aku nampak dia ada pegang satu alat. 

"Sikit lagi, sikit lagi. Push one more, a long one"..dan tepat jam 5.43am, lahirlah seorang putera yang kami namakan Adam Fiqri bin Mohamad Faizal. Terus diletakkan di atas ibunya, satu ciuman diberi sebelum dibersihkan, kemudian aku azan dan qamat padanya. Tak lama kemudian, azan Subuh kedengaran dari Masjid Shah Alam (sebelah DEMC je).

Syukur pada Allah. Satu pengalaman yang tak akan dilupakan. Indah sungguh kejadian manusia. 9 bulan dikandung ibunya, sehingga lahir ke dunia. Semoga Adam Fiqri menjadi manusia yang berguna kepada kedua ibu bapa, kaum keluarga, agama, bangsa dan negaranya. Amin.

Introducing Adam Fiqri

Terima kasih kepada kawan-kawan yang mengucapkan tahniah, kepada yang sempat lawat di wad, ada yang lawat di lobby wad pun, serta yang datang ke rumah. Thank you so much!


//panjangkan entri ini? Seronok menulis tentang Adam. I just can't help it :P

Followers

Interesting Blogs

Archives

1LDKphotography

All photos belong to Faizal Omar unless stated.
Please DO NOT use my photos without permission.

Creative Commons License