29.9.11

Rambut Baru Adam

Adam's New Hairdo Adam's New Hairdo Adam's New Hairdo Adam's New Hairdo Adam's New Hairdo

Akhirnya aku bawa Adam ke kedai gunting untuk trim rambutnya yang panjang itu. Kali terakhir potong rambut Adam masa majlis Aqiqah dia. Cukur habis. Masa tu bulan March. Since then rambut dia makin lebat tumbuh. Adam gunting kat kedai gunting rambut paling old school kat Teluk Intan. Baik je dia bila kena gunting. Tolak kepala ke kiri, dia pandang kiri. Tolak kepala ke kanan, dia pun paling ke kanan. Tak menangis, dan tak meragam lansung. Within 10 minit dah selesai. By the way, sekarang Adam dah tumbuh 2 batang gigi bawah. Semalam check rupanya sudah ada satu batang lagi kat atas dah nampak. Patutlah teacher kat nursery kata dia diam je semalam. Takde mood kut. Alhamdulillah tak meragam sangat macam time gigi bawah tumbuh last week.

+ + + + + + +

Dear Adam, 

Kenapalah Adam cepat sangat nak membesar? Pejam celik minggu depan dah 8 bulan tau! Tak puas nak gomol cium cubit pipi hari-hari. Sekarang ni pun Abah dengan Ibu tak terkejar Adam dok ngesot ke sana sini dengan cepat. Adam pun dah mula dok membebel bahasa Adam. Abah pun tak paham. Tapi tiap kali Abah dengan Ibu layan sembang dengan Adam, Adam senyum je. Kira faham la kut eh? Apapun Adam, Abah + Ibu harap Adam membesar dengan sihat sejahtera hendaknya dan jadilah manusia yang berguna. Jangan nakal-nakal tau. Ikut jejak superhero macam Boboiboy tu ok? 

Sayang sangat! 
Love, 
Abah + Ibu

Followers

Interesting Blogs

Archives

1LDKphotography

All photos belong to Faizal Omar unless stated.
Please DO NOT use my photos without permission.

Creative Commons License